Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50)...Kemampuan suami isteri menghasilkan zuriat adalah satu anugerah yang amat besar sekali. Hanya apabila suami isteri itu tidak dapat menyempurnakan tugas ini, barulah kadang-kadang kita sedar betapa besar dan ajaibnya kekuasaan Allah S.W.T. Dengan itu ibu bapa wajar membuat persediaan yang secukupnya bukan sahaja daripada segi pakaian, dan tempat tidur anak ini tetapi juga persediaan ilmu agar anak dapat membesar dengan mejadi seorang manusia, khalifah di bumi Allah...Ummi berdoa,Semoga anak ummi dan abi selamat dan dilahirkan cukup sempurna...